khasiat coklat !!!


JANGAN makan coklat!!!!
tak elok, nanti gemuk! korang mesti biasa dengar atau gunakan kata-kata larangan
ini kerana korang percaya yang coklat bukan satu makanan yang menyihatkan.

Ramai percaya memakan coklat boleh menggemukkan, menyebabkan
kencing manis, gigi rosak dan 1001 jenis penyakit yang lain
sehinggakan ramai yang bercatu-catu ketika memakan coklat.

Itu kepercayaan ramai orang namun kajian menunjukkan sebaliknya. Coklat
didapati tidak menyebabkan kencing manis, gigi rosak, paras kolestrol
meningkat atau penyakit jantung malah percaya atau tidak, coklat dikatakan dapat
memanjangkan usia penggemarnya!!!!

Mereka yang gemar memakan coklat dikatakan dapat hidup satu tahun
lebih lama berbanding mereka yang tidak memakannya. Menarik bukan!!!!

Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati coklat mengandungi
bahan kimia yang membantu mengekalkan keanjalan saluran darah dan meningkatkan
kandungan flavoinoid dan antioksidan dalam darah, bahan yang dapat
menghalang penyakit kardiovaskular serta menghalang atau melambatkan kerosakan sel dan tisu badan.

Ini sekali gus memanjangkan usia dan dengan lebih 300 bahan kimia di dalam coklat.
0 comments:
Post a Comment